Berikut adalah contoh yang telah dibuat
Wednesday, November 12, 2014
Thursday, November 6, 2014
Friday, October 24, 2014
Soalan
Setelah rangka untuk kajian metodologi dibuat, saya telah menemu ramah En.Khairil Zamrie Rosle yang merupakan salah seorang yang bertanggungjawab mengendalikan aplikasi ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai aplikasi UNIMAS On The Go ini. Saya juga telah membuat soalan untuk diedarkan kepada golongan sasar untuk mendapatkan maklumat dan data. Berikut adalah soalan yang berkenaan.
Strategi Promosi Unimas On The Go
1. Bolehkah tuan menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang UNIMAS On The go?
2. Mengapakah aplikasi UNIMAS On The Go dicipta?
3. Siapakah pencetus kepada aplikasi UNIMAS On The Go ?
4. Adakah aplikasi ini hanya untuk android sahaja ?
5. Apakah kelebihan utama aplikasi ini ?
6. Apakah agaknya kekurangan yang telah dikenalpasti terhadap aplikasi ini ?
7. Siapakah sasaran utama aplikasi ini ?
8. Bagaimana dengan sambutan daripada pengguna aplikasi setakat ini ?
9. Apakah usaha yang telah dibuat dan akan dibuat untuk mempromosikan aplikasi ini ?
10. Apakah perancangan seterusnya untuk meningkatkan aplikasi ini ?
- Apakah jenis platform telefon pintar yang anda gunakan ?
- Adakah anda tahu tentang aplikasi UNIMAS On The Go?
- Jika Ya, Adakah anda pernah memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda?
- Media manakah yang dapat mempromosikan aplikasi UNIMAS On The Go dengan lebih berkesan?
- Jenis paparan promosi yang manakah yang lebih berkesan untuk mempromosikan aplikasi ini?
Thursday, October 16, 2014
Rangka Kajian Metodologi
Pada minggu ini, saya telah merangkakan kajian Metodologi yang perlu dibuat untuk kajian saya. Dalam kajian metodologi saya, saya telah menggunakan dua kaedah iaitu yang pertama kaedah Kualitatif dan kaedah kedua ialah Kuantitatif.
Kaedah Kualitatif yang saya akan buat ialah, saya akan menemu ramah En Khairilzamrie Rosle. Beliau merupakan staff yang mengendalikan aplikasi Unimas On The Go. Dalam temu ramah bersama beliau, saya akan mengemukakan beberapa soalan diantaranya ialah:
1. Latar belakang Unimas On the go
2. Usaha untuk memperkenalkan aplikasi ini kepada golongan sasar
3. Bagaimana sambutan pengguna
4. Kepentingan Utama aplikasi ini
5. Sasaran pengguna
Selain itu, saya juga akan menemu ramah golongan sasar iaitu pelajar, staff atau kakitangan Unimas dan juga orang awam terutama kepada peniaga. Oleh itu, daripada maklumat yang telah didapati, saya dapat membuat validasi dan juga merancang strategi untuk mempromosikan aplikasi ini.
Rangka kajian Metodologi |
Bagi Kaedah Kuantitatif pula, saya akan menyediakan soalan dan diedarkan kepada golongan sasar. Dalam soalan soal selidik saya akan mengemukakan soalan iaitu demografi, tahap pengetahuan golongan sasar untuk aplikasi ini, kepentingan aplikasi ini, jenis platform yang mereka gunakan, dan lain-lain. Saya juga akan sediakan ruangan cadangan untuk responden memberi cadangan untuk saya mempromosikan aplikasi ini. Daripada dapatan maklumat yang saya terima, saya akan menganalisa soalan soal selidik dan mengira kekerapan peratusan serta purata. Maklumat tersebut akan dipersembahkan di dalam bentuk graf. Kemudian saya akan membuat inteprestasi dan kesimpulan daripada apa yang telah saya peroleh.
Thursday, October 9, 2014
Pertukaran Tajuk
Setelah membuat perbincangan bersama penyelia,saya telah membuat keputusan untuk menukar tajuk projek tahun akhir saya kepada Strategi "Promosi Unimas On The Go". Hal ini kerana terdapat masalah kepada tajuk yang sebelumnya..Disini saya nyatakan proposal untuk tajuk baru saya.
Abstrak
“UNIMAS On The Go” ialah aplikasi mudah alih pertama rasmi universiti. Aplikasi ini telah dibina untuk menyampaikan dan meningkatkan kecekapan dalam menyampaikan maklumat terbaru yang berlaku di dalam UNIMAS. Selain itu, aplikasi mudah alih ini adalah selaras dengan gaya semasa yang kini menjadi satu kebiasaan di kalangan masyarakat UNIMAS. “UNIMAS On The Go” juga adalah aplikasi mudah alih yang pertama rasmi untuk “Android”. Keperluan minimum untuk memasang aplikasi “UNIMAS On The Go” ialah ‘Android’ versi 4.0 keatas dengan saiz skrin peranti berukuran 3.5 dan keatas. Aplikasi ini membolehkan semua pengguna menerima semua aktiviti dan isu semasa yang berlaku di dalam UNIMAS secara langsung dengan cara menerima pesanan.
Disamping itu juga, dengan menggunakan aplikasi ini para pelajar dapat menyemak kalendar akademik mereka contohnya tarikh-tarikh penting iaitu tarikh peperiksaan akhir semester atau tarikh cuti. Kakitangan UNIMAS juga dapat menyemak status tuntutan perjalanan mereka. Selain itu, pengguna dapat mencari aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak UNIMAS dengan cara mencari menggunakan tajuk aktiviti itu sahaja.“UNIMAS On The Go” mempunyai kelebihan yang boleh memudahkan pengguna yang menggunakannya. Jika seseorang pengguna tidak mempunyai masa yang terluang untuk melihat pengumuman atau aktiviti yang berlaku, aplikasi ini dapat membantu mereka dengan pengguna dapat menerima pemberitahuan secara langsung melalui peranti seperti telefon mudah alih tanpa perlu untuk memeriksa Papan Buletin Elektronik universiti (EBB) atau membuka laman web untuk mendapatkan maklumat terkini. Setelah pemberitahuan itu diterima, pengguna dapat melihat maklumat yang diterima walaupun peranti berada diluar talian (tiada sambungan internet).
Pengguna aplikasi ini juga boleh menjadi seorang yang cekap dan tidak terlepas sesuatu yang penting. Hal ini kerana, pengguna dapat menambah acara atau pengumuman ke kalendar pada peranti pengguna. Didalam kalendar tersebut pengguna dapat menetapkan penggera dan peringatan untuk sesuatu acara supaya pengguna tidak terlepas daripada acara dan pengumuman penting. Ini akan membantu pengguna merancang jadual mereka dengan lebih cekap. Tambahan pula, jika pengguna menyegerakkan kalendar telefon dengan kalendar dalam talian yang lain seperti kalendar ‘Google’, maklumat acara atau pengumuman tersebut automatik dikongsi di kalendar peranti anda. Selain itu juga, pengguna boleh berkongsi maklumat dalam UNIMAS edisi awal dengan aplikasi lain seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’, ‘WhatsApp’ dan aplikasi lain termasuk e-mel dan pesanan ringkas(SMS). Ini bermakna pengguna dapat berkongsi maklumat dan acara yang menarik dengan sesiapa sahaja. Orang awam juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk menerima pengumuman terkini yang berlaku di UNIMAS. Selain itu juga, orang awam dapat menerima pemberitahuan yang penting seperti peluang perniagaan dan juga tawaran yang ada di dalam UNIMAS dengan mudah.
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mempromosikan aplikasi mudah alih iaitu ‘UNIMAS On TheGo’. Kajian ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang fungsi aplikasi mudah alih kepada pelajar, kakitangan dan orang awam. Selain itu, aplikasi ini juga memudahkan para pelajar, kakitangan dan orang awam untuk mengetahui isu semasa, acara yang terkini berlaku di dalam UNIMAS. Aplikasi ini juga memberi peluang kepada orang ramai yang ingin mencari peluang pekerjaan di dalam UNIMAS dengan mudah. Hal ini kerana, sebarang peluang pekerjaan yang ada di dalam UNIMAS akan dikemaskinikan di dalam aplikasi ini. Oleh itu strategi promosi aplikasi mudah alih ini dalam bentuk poster, brosur, dan iklan.
Strategi Promosi Aplikasi Mudah Alih “UNIMAS On The Go”
1.0 Pendahuluan
Aplikasi mudah alih atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai “Mobile App” ialah satu aplikasi mudah alih, aplikasi pendek mudah alih atau hanya aplikasi. Perisian aplikasi ini direka untuk telefon pintar, komputer riba dan peranti mudah alih yang lain. Aplikasi ini biasanya boleh didapati melalui platform pengedaran permohonan yang mula muncul pada tahun 2008 yang dikendalikan oleh pemilik operasi mudah alih seperti ‘Apple App Store’, ‘Google Play’, dan ‘Telefon Store’. Sesetengah aplikasi adalah percuma manakala yang lain perlu dibeli.
“UNIMAS On The Go” ialah aplikasi mudah alih pertama rasmi universiti. Aplikasi ini telah dibina untuk menyampaikan dan meningkatkan kecekapan dalam menyampaikan maklumat terbaru yang berlaku di dalam UNIMAS. Selain itu, aplikasi mudah alih ini adalah selaras dengan gaya semasa yang kini menjadi satu kebiasaan di kalangan masyarakat UNIMAS. “UNIMAS On The Go” juga adalah aplikasi mudah alih yang pertama rasmi untuk “Android”. Keperluan minimum untuk memasang aplikasi “UNIMAS On The Go” ialah ‘Android’ versi 4.0 keatas dengan saiz skrin peranti berukuran 3.5 dan keatas. Aplikasi ini membolehkan semua pengguna menerima semua aktiviti dan isu semasa yang berlaku di dalam UNIMAS secara langsung dengan cara menerima pesanan.
Selain itu juga, bagi orang awam yang ingin mencari pekerjaan dan juga peluang perniagaan yang ada didalam UNIMAS, “UNIMAS On The Go” dapat membantu dengan memberi maklumat yang baru dengan cepat tentang peluang pekerjaan atau peluang perniagaan yang ditawarkan di UNIMAS. Disamping itu juga, aplikasi ini memberi banyak manfaat kepada para pelajar dan juga kakitangan UNIMAS. Diantaranya ialah aplikasi ini akan mengemaskini acara dan pengumuman terkini melalui pesanan ringkas. Oleh itu, pengguna dapat mengetahui maklumat terkini yang berlaku di dalam UNIMAS dengan pantas dan tanpa membuka laman rasmi UNIMAS. Pengguna aplikasi ini juga dapat melihat peristiwa yang akan datang. Ini memudahkan pengguna untuk mengatur masa mereka untuk melibatkan diri dalam peristiwa tersebut terutamanya para pelajar.
Disamping itu juga, dengan menggunakan aplikasi ini para pelajar dapat menyemak kalendar akademik mereka contohnya tarikh-tarikh penting iaitu tarikh peperiksaan akhir semester atau tarikh cuti. Kakitangan UNIMAS juga dapat menyemak status tuntutan perjalanan mereka. Selain itu, pengguna dapat mencari aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak UNIMAS dengan cara mencari menggunakan tajuk aktiviti itu sahaja.“UNIMAS On The Go” mempunyai kelebihan yang boleh memudahkan pengguna yang menggunakannya. Jika seseorang pengguna tidak mempunyai masa yang terluang untuk melihat pengumuman atau aktiviti yang berlaku, aplikasi ini dapat membantu mereka dengan pengguna dapat menerima pemberitahuan secara langsung melalui peranti seperti telefon mudah alih tanpa perlu untuk memeriksa Papan Buletin Elektronik universiti (EBB) atau membuka laman web untuk mendapatkan maklumat terkini. Setelah pemberitahuan itu diterima, pengguna dapat melihat maklumat yang diterima walaupun peranti berada diluar talian (tiada sambungan internet).
Pengguna aplikasi ini juga boleh menjadi seorang yang cekap dan tidak terlepas sesuatu yang penting. Hal ini kerana, pengguna dapat menambah acara atau pengumuman ke kalendar pada peranti pengguna. Didalam kalendar tersebut pengguna dapat menetapkan penggera dan peringatan untuk sesuatu acara supaya pengguna tidak terlepas daripada acara dan pengumuman penting. Ini akan membantu pengguna merancang jadual mereka dengan lebih cekap. Tambahan pula, jika pengguna menyegerakkan kalendar telefon dengan kalendar dalam talian yang lain seperti kalendar ‘Google’, maklumat acara atau pengumuman tersebut automatik dikongsi di kalendar peranti anda. Selain itu juga, pengguna boleh berkongsi maklumat dalam UNIMAS edisi awal dengan aplikasi lain seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’, ‘WhatsApp’ dan aplikasi lain termasuk e-mel dan pesanan ringkas(SMS). Ini bermakna pengguna dapat berkongsi maklumat dan acara yang menarik dengan sesiapa sahaja. Orang awam juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk menerima pengumuman terkini yang berlaku di UNIMAS. Selain itu juga, orang awam dapat menerima pemberitahuan yang penting seperti peluang perniagaan dan juga tawaran yang ada di dalam UNIMAS dengan mudah.
Disamping itu, dengan adanya promosi “UNIMAS On The Go” ini dapat memudahkan para pelajar, kakitangan UNIMAS mahupun orang awam untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, promosi ini akan dijalankan untuk mendedahkan tentang penggunaan aplikasi ini dan juga cara untuk menggunakannya dalam bentuk poster, brosur dan juga pengiklanan.
1.2 Permasalahan kajian
Dalam kajian yang ingin dijalankan, didapati ramai pelajar dan juga sesetengah kakitangan UNIMAS dan juga orang awam tidak tidak mengetahui tentang aplikasi “UNIMAS On The Go”. Hal ini kerana kurang pendedahan tentang aplikasi ini kepada golongan tersebut terutama kepada para pelajar UNIMAS.
Selain itu juga, pelajar, kakitangan UNIMAS dan juga orang awam tidak mendapat pendedahan cara untuk memasang aplikasi ini di dalam telefon bimbit mereka.
1.3 Persoalan kajian
1. Apakah media yang dipilih untuk mempromosikan aplikasi ini?
2. Apakah elemen-elemen atau prinsip seni reka dan informasi yang dapat menarik perhatian pengguna
untuk menggunakan aplikasi ini?
untuk menggunakan aplikasi ini?
3. Adakah strategi promosi aplikasi mudah alih “UNIMAS On The Go” dapat memberi pendedahan
kepada pengguna?
kepada pengguna?
4. Bagaimanakah cara untuk mempromosikan aplikasi mudah alih “UNIMAS On The Go” kepada
pelajar, kakitangan UNIMAS dan juga orang awam?
pelajar, kakitangan UNIMAS dan juga orang awam?
1.4 Objektif kajian
1. Mengenalpasti masalah untuk mempromosikan aplikasi ini.
2. Menganalisa maklumbalas pengguna terhadap keberkesanan aplikasi ini.
3. Merancang strategi promosi besar yang dijangka memberi impak yang lebih meluas dan lebih berkesan.
4. Membuat validasi terhadap produk yang dihasilkan.
1.5 Skop kajian
Kajian tertumpu kepada pelajar dan orang awam di Sarawak yang tinggal di kawasan Kota Samarahan. Hal ini kerana, kurangnya pendedahan tentang aplikasi mudah alih “UNIMAS On The Go” terutama para pelajar. Kajian dibuat untuk mengenalpasti cara untuk mempromosikan aplikasi mudah alih ini yang dapat memberi manfaat kepada pengguna yang menggunakannya.
1.6 Limitasi kajian
Kajian ini memberi fokus kepada para pelajar, kakitangan UNIMAS dan juga orang awam. Kajian ini dijalankan di dalam sekitar kawasan UNIMAS kerana fokus promosi ini adalah untuk pelajar,kakitangan UNIMAS dan orang awam yang mencari peluang perniagaan yang ada didalam UNIMAS seterusnya mendapat maklumat dan cara mengendalikan aplikasi mudah alih “UNIMAS On The Go” ini.
Contoh aplikasi "Unimas On The Go"
Thursday, October 2, 2014
Pemilihan Tajuk
Setelah 5 tajuk dikemukakan kepada pensyarah tajuk yang diterima ialah 'Strategi Promosi Sukan Drag Oleh MUSC'. Disini disertakan permasalahan kajian persoalan kajian dan objektif kajian ini dijalankan..Diharapkan kajian ini berjaya dan dapat mencapai objektifnya.
1.2 Permasalahan Kajian
Dalam kajian yang ingin dijalankan oleh penyelidik, terdapat permasalahan yang dikenalpasti. Permasalahan yang dikenalpasti ialah pemilihan media promosi yang terhad iaitu melalui laman sesawang Facebook yang mengakibatkan golongan belia dan remaja yang kurang pengetahuan tentang teknologi tidak mendapat informasi tentang sukan drag ini.
1.3 Persoalan kajian
1. Adakah Sukan drag dapat menarik minat golongan belia untuk berlumba di litar?
2. Adakah strategi mempromosikan sukan drag dapat menggurangkan peratusan lumba haram di jalan raya?
3. Apakah elemen-elemen atau prinsip seni reka dan informasi yang perlu diterapkan untuk
menggalakkan lagi golongan belia berlumba di litar?
4. Bagaimanakah cara untuk mempromosikan sukan drag yang dapat memberi manfaat kepada golongan
belia ?
1.4 Objekti kajian
1. Mengenal pasti cara untuk mempromosikan sukan drag
2. Mengkaji dan menganalisa visualisasi serta memperbanyakkan informasi tentang
sukan drag.
3. Menghasilkan produk yang dapat memberi pengetahuan tentang sukan drag.

Rujukan
Friday, September 19, 2014
Proses Pemilihan Tajuk Untuk PTA
1. Tajuk : Strategi Promosi Sukan Drag Oleh “Malaysian United Speed Community”
(MUSC)
Abstrak
Penyelidikan ini dijalankan untuk mempromosikan Sukan Drag di Malaysia. Kajian ini dijalankan adalah untuk menarik minat golongan belia supaya tidak berlumba secara haram. Dengan adanya promosi sukan ini, golongan belia dapat mengetengahkan bakat yang mereka ada dengan cara yang betul. Hal ini juga, mampu mengurangkan gejala mat rempit dan lumba haram di kalangan remaja dan golongan belia di Negara ini. Kajian ini juga dijalankan dengan mempromosikan sukan drag dalam bentuk poster, banner, flyer, dan banting.
Permasalahan
Pemilihan media promosi yang terhad iaitu melalui laman sesawang Facebook yang mengakibatkan golongan belia dan remaja yang kurang pengetahuan tentang teknologi tidak mendapat informasi tentang Sukan drag ini. Kempen yang dijalankan kurang menyakinkan golongan belia dan remaja kerana kurangnya informasi yang disampaikan. Promosi tidak menepati golongan sasar
Kepentingan kajian
- Menarik minat golongan belia dan remaja supaya tidak terjebak dengan aktiviti lumba haram.
- Golongan belia dan remaja dapat mengasah bakat tanpa melibatkan diri dengan kegiatan menyalahi undang-undang.
- Dapat melahirkan pelumba-pelumba yang professional
- Dapat memastikan aspek keselamatan pelumbaan ekstrem ini dengan lebih sistematik
2. Tajuk : Strategi Promosi Sukan Sepak Takraw oleh Kementerian Belia Dan Sukan
(KBS)
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mempromosikan sukan sepak takraw yang makin dilupakan oleh masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana sukan ini adalah sukan tradisional yang kurang setanding sukan-sukan lain yang ada. Tambahan pula, sukan-sukan dari luar Negara telah membanjiri Negara ini secara tidak langsung sukan sepak takraw ini yang menjadi sukan tradisi semakin dilupakan. Oleh itu, dengan promosi sukan sepak takraw dalam bentuk pengiklanan, poster, banner dan risalah dapat menarik minat masyarakat terhadap sukan sepak takraw ini.
Permasalahan
- Strategi promosi yang dibuat kurang efektif yang boleh mengakibatkan sukan sepak takraw makindilupakan
- Persaingan teknologi moden menyebabkan golongan muda tidak aktif untuk melakukan riadah diluar.Oleh itu, dengan adanya promosi tersebut golongan muda dapat informasi tentang sukan sepak takraw.
Kepentingan kajian
- Dapat mengcungkil bakat baru
- Supaya dapat mengekalkan kesenian sukan sepak takraw.
- Dapat mencari pelapis kepada sukan sepak takraw Negara.
3. Tajuk : Kempen Menggunakan Topi Keledar Bersirim
Abstrak
Pemakaian topi yang tidak mempunyai kelulusan cop sirim sudah lama diharamkan oleh pihak berkuasa. Namun segelintir pengguna masih menggunakan topi keledar tidak bersirim. Bagi menangani penggunaan topi keledar tidak bersirim, kempen menggunakan topi keledar bersirim diadakan untuk memberi kesedaran kepada pengguna yang masih menggunakan topi keledar tidak bersirim. Oleh itu, pelbagai cara akan dijalankan seperti mengedar risalah tentang bahaya mengguna topi keledar tidak bersirim.
Permasalahan
- Kurang mengambil berat tentang keselamatan diri
- Penggunaan helmet tidak bersirim semakin berleluasa
- Mengambil jalan mudah dengan membeli topi keledar yang tidak bersirim kerana harganya lebih murah berbanding topi keledar bersirim.
Kepentingan kajian
- Dapat menjamin keselamatan pengguna.
- Menggurangkan penggunaan topi keledar tidak bersirim
- Dapat memberi pendedahan kepada pengguna bahawa topi keledar tidak bersirim membahayakan keselamatan pengguna.
Subscribe to:
Posts (Atom)