Thursday, October 2, 2014

Pemilihan Tajuk

    Setelah 5 tajuk dikemukakan kepada pensyarah tajuk yang diterima ialah 'Strategi Promosi Sukan Drag Oleh MUSC'. Disini disertakan permasalahan kajian persoalan kajian dan objektif kajian ini dijalankan..Diharapkan kajian ini berjaya dan dapat mencapai objektifnya.




  1.2 Permasalahan Kajian

Dalam kajian yang ingin dijalankan oleh penyelidik, terdapat permasalahan yang dikenalpasti. Permasalahan yang dikenalpasti ialah pemilihan media promosi yang terhad iaitu melalui laman sesawang Facebook yang mengakibatkan golongan belia dan remaja yang kurang pengetahuan tentang teknologi tidak mendapat informasi tentang sukan drag ini. 


1.3 Persoalan kajian

1. Adakah Sukan drag dapat menarik minat golongan belia untuk berlumba di litar?

2. Adakah strategi mempromosikan sukan drag dapat menggurangkan peratusan lumba haram di jalan raya?

3. Apakah elemen-elemen atau prinsip seni reka dan informasi yang perlu diterapkan untuk                             
     menggalakkan lagi golongan belia berlumba di litar?

4. Bagaimanakah cara untuk mempromosikan sukan drag yang dapat memberi manfaat kepada golongan            
     belia ?


 1.4 Objekti kajian

1. Mengenal pasti cara untuk mempromosikan sukan drag
2. Mengkaji dan menganalisa visualisasi serta memperbanyakkan informasi tentang   
    sukan drag.
3. Menghasilkan produk yang dapat memberi pengetahuan tentang sukan drag.
4. Membuat validasi terhadap produk yang dihasilkan.

     Rujukan



No comments:

Post a Comment