1. Tajuk : Strategi Promosi Sukan Drag Oleh “Malaysian United Speed Community”
(MUSC)
Abstrak
Penyelidikan ini dijalankan untuk mempromosikan Sukan Drag di Malaysia. Kajian ini dijalankan adalah untuk menarik minat golongan belia supaya tidak berlumba secara haram. Dengan adanya promosi sukan ini, golongan belia dapat mengetengahkan bakat yang mereka ada dengan cara yang betul. Hal ini juga, mampu mengurangkan gejala mat rempit dan lumba haram di kalangan remaja dan golongan belia di Negara ini. Kajian ini juga dijalankan dengan mempromosikan sukan drag dalam bentuk poster, banner, flyer, dan banting.
Permasalahan
Pemilihan media promosi yang terhad iaitu melalui laman sesawang Facebook yang mengakibatkan golongan belia dan remaja yang kurang pengetahuan tentang teknologi tidak mendapat informasi tentang Sukan drag ini. Kempen yang dijalankan kurang menyakinkan golongan belia dan remaja kerana kurangnya informasi yang disampaikan. Promosi tidak menepati golongan sasar
Kepentingan kajian
- Menarik minat golongan belia dan remaja supaya tidak terjebak dengan aktiviti lumba haram.
- Golongan belia dan remaja dapat mengasah bakat tanpa melibatkan diri dengan kegiatan menyalahi undang-undang.
- Dapat melahirkan pelumba-pelumba yang professional
- Dapat memastikan aspek keselamatan pelumbaan ekstrem ini dengan lebih sistematik
2. Tajuk : Strategi Promosi Sukan Sepak Takraw oleh Kementerian Belia Dan Sukan
(KBS)
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mempromosikan sukan sepak takraw yang makin dilupakan oleh masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana sukan ini adalah sukan tradisional yang kurang setanding sukan-sukan lain yang ada. Tambahan pula, sukan-sukan dari luar Negara telah membanjiri Negara ini secara tidak langsung sukan sepak takraw ini yang menjadi sukan tradisi semakin dilupakan. Oleh itu, dengan promosi sukan sepak takraw dalam bentuk pengiklanan, poster, banner dan risalah dapat menarik minat masyarakat terhadap sukan sepak takraw ini.
Permasalahan
- Strategi promosi yang dibuat kurang efektif yang boleh mengakibatkan sukan sepak takraw makindilupakan
- Persaingan teknologi moden menyebabkan golongan muda tidak aktif untuk melakukan riadah diluar.Oleh itu, dengan adanya promosi tersebut golongan muda dapat informasi tentang sukan sepak takraw.
Kepentingan kajian
- Dapat mengcungkil bakat baru
- Supaya dapat mengekalkan kesenian sukan sepak takraw.
- Dapat mencari pelapis kepada sukan sepak takraw Negara.
3. Tajuk : Kempen Menggunakan Topi Keledar Bersirim
Abstrak
Pemakaian topi yang tidak mempunyai kelulusan cop sirim sudah lama diharamkan oleh pihak berkuasa. Namun segelintir pengguna masih menggunakan topi keledar tidak bersirim. Bagi menangani penggunaan topi keledar tidak bersirim, kempen menggunakan topi keledar bersirim diadakan untuk memberi kesedaran kepada pengguna yang masih menggunakan topi keledar tidak bersirim. Oleh itu, pelbagai cara akan dijalankan seperti mengedar risalah tentang bahaya mengguna topi keledar tidak bersirim.
Permasalahan
- Kurang mengambil berat tentang keselamatan diri
- Penggunaan helmet tidak bersirim semakin berleluasa
- Mengambil jalan mudah dengan membeli topi keledar yang tidak bersirim kerana harganya lebih murah berbanding topi keledar bersirim.
Kepentingan kajian
- Dapat menjamin keselamatan pengguna.
- Menggurangkan penggunaan topi keledar tidak bersirim
- Dapat memberi pendedahan kepada pengguna bahawa topi keledar tidak bersirim membahayakan keselamatan pengguna.