Setelah membuat perbincangan bersama penyelia,saya telah membuat keputusan untuk menukar tajuk projek tahun akhir saya kepada Strategi "Promosi Unimas On The Go". Hal ini kerana terdapat masalah kepada tajuk yang sebelumnya..Disini saya nyatakan proposal untuk tajuk baru saya.
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mempromosikan aplikasi mudah alih iaitu ‘UNIMAS On TheGo’. Kajian ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang fungsi aplikasi mudah alih kepada pelajar, kakitangan dan orang awam. Selain itu, aplikasi ini juga memudahkan para pelajar, kakitangan dan orang awam untuk mengetahui isu semasa, acara yang terkini berlaku di dalam UNIMAS. Aplikasi ini juga memberi peluang kepada orang ramai yang ingin mencari peluang pekerjaan di dalam UNIMAS dengan mudah. Hal ini kerana, sebarang peluang pekerjaan yang ada di dalam UNIMAS akan dikemaskinikan di dalam aplikasi ini. Oleh itu strategi promosi aplikasi mudah alih ini dalam bentuk poster, brosur, dan iklan.
Strategi Promosi Aplikasi Mudah Alih “UNIMAS On The Go”
1.0 Pendahuluan
Aplikasi mudah alih atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai “Mobile App” ialah satu aplikasi mudah alih, aplikasi pendek mudah alih atau hanya aplikasi. Perisian aplikasi ini direka untuk telefon pintar, komputer riba dan peranti mudah alih yang lain. Aplikasi ini biasanya boleh didapati melalui platform pengedaran permohonan yang mula muncul pada tahun 2008 yang dikendalikan oleh pemilik operasi mudah alih seperti ‘Apple App Store’, ‘Google Play’, dan ‘Telefon Store’. Sesetengah aplikasi adalah percuma manakala yang lain perlu dibeli.
“UNIMAS On The Go” ialah aplikasi mudah alih pertama rasmi universiti. Aplikasi ini telah dibina untuk menyampaikan dan meningkatkan kecekapan dalam menyampaikan maklumat terbaru yang berlaku di dalam UNIMAS. Selain itu, aplikasi mudah alih ini adalah selaras dengan gaya semasa yang kini menjadi satu kebiasaan di kalangan masyarakat UNIMAS. “UNIMAS On The Go” juga adalah aplikasi mudah alih yang pertama rasmi untuk “Android”. Keperluan minimum untuk memasang aplikasi “UNIMAS On The Go” ialah ‘Android’ versi 4.0 keatas dengan saiz skrin peranti berukuran 3.5 dan keatas. Aplikasi ini membolehkan semua pengguna menerima semua aktiviti dan isu semasa yang berlaku di dalam UNIMAS secara langsung dengan cara menerima pesanan.
Selain itu juga, bagi orang awam yang ingin mencari pekerjaan dan juga peluang perniagaan yang ada didalam UNIMAS, “UNIMAS On The Go” dapat membantu dengan memberi maklumat yang baru dengan cepat tentang peluang pekerjaan atau peluang perniagaan yang ditawarkan di UNIMAS. Disamping itu juga, aplikasi ini memberi banyak manfaat kepada para pelajar dan juga kakitangan UNIMAS. Diantaranya ialah aplikasi ini akan mengemaskini acara dan pengumuman terkini melalui pesanan ringkas. Oleh itu, pengguna dapat mengetahui maklumat terkini yang berlaku di dalam UNIMAS dengan pantas dan tanpa membuka laman rasmi UNIMAS. Pengguna aplikasi ini juga dapat melihat peristiwa yang akan datang. Ini memudahkan pengguna untuk mengatur masa mereka untuk melibatkan diri dalam peristiwa tersebut terutamanya para pelajar.
Disamping itu juga, dengan menggunakan aplikasi ini para pelajar dapat menyemak kalendar akademik mereka contohnya tarikh-tarikh penting iaitu tarikh peperiksaan akhir semester atau tarikh cuti. Kakitangan UNIMAS juga dapat menyemak status tuntutan perjalanan mereka. Selain itu, pengguna dapat mencari aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak UNIMAS dengan cara mencari menggunakan tajuk aktiviti itu sahaja.“UNIMAS On The Go” mempunyai kelebihan yang boleh memudahkan pengguna yang menggunakannya. Jika seseorang pengguna tidak mempunyai masa yang terluang untuk melihat pengumuman atau aktiviti yang berlaku, aplikasi ini dapat membantu mereka dengan pengguna dapat menerima pemberitahuan secara langsung melalui peranti seperti telefon mudah alih tanpa perlu untuk memeriksa Papan Buletin Elektronik universiti (EBB) atau membuka laman web untuk mendapatkan maklumat terkini. Setelah pemberitahuan itu diterima, pengguna dapat melihat maklumat yang diterima walaupun peranti berada diluar talian (tiada sambungan internet).
Pengguna aplikasi ini juga boleh menjadi seorang yang cekap dan tidak terlepas sesuatu yang penting. Hal ini kerana, pengguna dapat menambah acara atau pengumuman ke kalendar pada peranti pengguna. Didalam kalendar tersebut pengguna dapat menetapkan penggera dan peringatan untuk sesuatu acara supaya pengguna tidak terlepas daripada acara dan pengumuman penting. Ini akan membantu pengguna merancang jadual mereka dengan lebih cekap. Tambahan pula, jika pengguna menyegerakkan kalendar telefon dengan kalendar dalam talian yang lain seperti kalendar ‘Google’, maklumat acara atau pengumuman tersebut automatik dikongsi di kalendar peranti anda. Selain itu juga, pengguna boleh berkongsi maklumat dalam UNIMAS edisi awal dengan aplikasi lain seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’, ‘WhatsApp’ dan aplikasi lain termasuk e-mel dan pesanan ringkas(SMS). Ini bermakna pengguna dapat berkongsi maklumat dan acara yang menarik dengan sesiapa sahaja. Orang awam juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk menerima pengumuman terkini yang berlaku di UNIMAS. Selain itu juga, orang awam dapat menerima pemberitahuan yang penting seperti peluang perniagaan dan juga tawaran yang ada di dalam UNIMAS dengan mudah.
Disamping itu, dengan adanya promosi “UNIMAS On The Go” ini dapat memudahkan para pelajar, kakitangan UNIMAS mahupun orang awam untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, promosi ini akan dijalankan untuk mendedahkan tentang penggunaan aplikasi ini dan juga cara untuk menggunakannya dalam bentuk poster, brosur dan juga pengiklanan.
1.2 Permasalahan kajian
Dalam kajian yang ingin dijalankan, didapati ramai pelajar dan juga sesetengah kakitangan UNIMAS dan juga orang awam tidak tidak mengetahui tentang aplikasi “UNIMAS On The Go”. Hal ini kerana kurang pendedahan tentang aplikasi ini kepada golongan tersebut terutama kepada para pelajar UNIMAS.
Selain itu juga, pelajar, kakitangan UNIMAS dan juga orang awam tidak mendapat pendedahan cara untuk memasang aplikasi ini di dalam telefon bimbit mereka.
1.3 Persoalan kajian
1. Apakah media yang dipilih untuk mempromosikan aplikasi ini?
2. Apakah elemen-elemen atau prinsip seni reka dan informasi yang dapat menarik perhatian pengguna
untuk menggunakan aplikasi ini?
3. Adakah strategi promosi aplikasi mudah alih “UNIMAS On The Go” dapat memberi pendedahan
kepada pengguna?
4. Bagaimanakah cara untuk mempromosikan aplikasi mudah alih “UNIMAS On The Go” kepada
pelajar, kakitangan UNIMAS dan juga orang awam?
1.4 Objektif kajian
1. Mengenalpasti masalah untuk mempromosikan aplikasi ini.
2. Menganalisa maklumbalas pengguna terhadap keberkesanan aplikasi ini.
3. Merancang strategi promosi besar yang dijangka memberi impak yang lebih meluas dan lebih berkesan.
4. Membuat validasi terhadap produk yang dihasilkan.
1.5 Skop kajian
Kajian tertumpu kepada pelajar dan orang awam di Sarawak yang tinggal di kawasan Kota Samarahan. Hal ini kerana, kurangnya pendedahan tentang aplikasi mudah alih “UNIMAS On The Go” terutama para pelajar. Kajian dibuat untuk mengenalpasti cara untuk mempromosikan aplikasi mudah alih ini yang dapat memberi manfaat kepada pengguna yang menggunakannya.
1.6 Limitasi kajian
Kajian ini memberi fokus kepada para pelajar, kakitangan UNIMAS dan juga orang awam. Kajian ini dijalankan di dalam sekitar kawasan UNIMAS kerana fokus promosi ini adalah untuk pelajar,kakitangan UNIMAS dan orang awam yang mencari peluang perniagaan yang ada didalam UNIMAS seterusnya mendapat maklumat dan cara mengendalikan aplikasi mudah alih “UNIMAS On The Go” ini.
Contoh aplikasi "Unimas On The Go"